Sabtu, 13 Disember 2008 BB Plaza rooftop
Sebelum event: Bangun pagi agak awal. Perancangan awal sebelum ke BB Plaza, mahu pergi RANtAi Revelation dekat KLCC. Call Amy, bagitau aku dah nak gerak. Dia belum bangun lagi dan bagitau malas nak pergi RANtAi sebab band yang perform tak banyak yang best. Cis, baru nak bagitau. Semalam semangat nak pergi dua-dua event sekali. Aku teringin nak pergi, nak tengok Ana Rafalli perform. Melepas..
Lepas lunch aku gerak. Amek Amy dulu dekat rumah dia. Sampai situ je hujan. Masa sampai belum hujan lagi. Kemudian Amy datang dengan berselipar jepun dan berpayung (rembat kat rumah orang lain, siot je). Then kami terus menuju ke tempat kejadian. Sepanjang perjalanan Amy asyik bercerita saja sampai aku tersilap masuk simpang. Tersangkut di traffic jam dekat Bukit Bintang. Pusing punya pusing, last-last masuk parking Low Yat. Layankan je la.
Semasa event: Kemudian kami terus ke lokasi event. Manusia dah bersesak-sesak kat dalam tu. Mostly budak sekolah, masih bawah umur (memang sangat-sangat ketara). Aku roger Hanis (Waksam). Dia kat foodcourt lagi. Event bermula lebih kurang pukul 5.30pm, delayed sebab hujan. Aku dengan Amy terus masuk.
Host untuk event ni ialah VJ Utt dari MTVasia. Pergh! Band pertama perform adalah Bunkface. Perform 3 lagu je ( Bunk Anthem, Silly Lily dan Situasi). Memang superb. Sound system pun gempak gila. Kemudian habis je Bunkface perform crowd mula berkurangan.
Band seterusnya, Stonebay. Aku macam pernah tengok band ni perform, tapi di mana ya? Band ni best jugak. Banyak main effect gitar dan keyboard. Vocal dia lantang dan mantap, iras-iras vocalist SevenCollar T-Shirt. Time ni baru la Hanis datang dengan member dia. Kitorang lepak sekali. Hanis bawak dSLR abang dia. Nikon 50D dual kit lens. Aku sempat snap beberapa shoot.
Lepas tu band 40 Winks (band ska) dan Bus Company lak perform (tak berapa sure band mana perform dulu :P). Then Ad call tanya mana kitorang. dia on the way datang. Datang jugak rupanya mamat sengal ni. Then tunggu dia kejap, Ad pun sampai. Band pun abis perform. Ada break kejap. Pehtu pergi makan jap. Lapar siot. Kebetulan kitorang kena halau sebab lepak kat belakang booth.
Lepas makan kat foodcourt, naik balik. Sorang lagi member kepada member Hanis join kitorang sekali. Sebelum tu maybe kitorang missed band One Buck Short (atau memang One Buck Short takde perform malam tu, tak pasti). Sampai atas je Tempered Mental tengah perform. Aku lama dah pernah dengar band ni, tapi ni la 1st time tengok dorang perform live. Rupanya band trio. Vocalist perempuan, main bass lak tu. Pergh! Unik. Time ni kitorang pergi depan, meredah lautan manusia. Stuck kat tengah-tengah crowd, tak boleh nak mencelah lagi. Time ni posisi agak menarik, view terbaik.
Then band yang agak kurang mendapat sambutan dari crowd, band Seven (band ala-ala pop/ jazz walaupun mereka melabel diri meraka ber genre rock/ fusion). Tapi bagi aku not bad la. Ada keunikan tersendiri. Ada sorang pemain saxaphone. Cuma mungkin sebab event hari tu tak berapa sesuai untuk band macam ni perform. Lagi satu penampilan dorang macam tak kena dengan genre lagu yang dorang bawak. Vocalist dia rambut afro, drummer dia lak rambut macam Bob Marley, tapi main lagu jazz. Haih. Crowd ramai mula duduk.
Kemudian, band yang makin meningkat naik, Laila's Lounge. Vocalist dorang, Hadi tersangkut kat traffic jam. So dorang main tanpa vocalist utama. Pemain gitar dorang backup vocal. Dorang perform dua lagu je ( Wajah dan Mawar Hayalan). Main pun tempo slow gila. Aku agak hampa untuk melihat Laila's Lounge perform dengan sempurna.
Band seterusnya agak lewat sampai. Lambat sebab traffic jam yang agak kritikal di kawasan sekitar. Hampir 15 minit kemudian Bittersweet naik stage dengan berpakaian segak ber blazer hitam kecuali drummer sessionist dia. Perform tujuh lagu: Capital E, Going into the Big Black Hole, Come On, Burn Berlin Down, Ceritera (lagu baru), Simone dan Kucing Hitam. Time lagu 1st dan 2nd tu crowd sangat-sangat tidak dapat dikawal. Semua moshing gila-gilaan. Siapa yang berada kat tengah-tengah tu (termasuk aku) memang terhuyung-hayang entah kemana. Ditolak, dihimpit, dipijak, dilambung dan sebagainya. Amy, Hanis, Ad dan lain-lain hilang dibawa arus manusia. Spek aku hampir terjatuh. Kasut aku hampir tercabut. Aku pun dengan sedaya-upayanya berusaha untuk lagi ke depan, kurang sikit huru-hara. Habis lagu ke-2 baru la aku dapat port yang sangat menarik. lebih kurang 2 meter dari stage. Then aku nekad untuk tunggu kat port tu sampai kemunculan band penyebab utama aku datang gig ni iaitu White Shoes & The Couples Company.
Aku tertarik dengan kata-kata Pijie (vocalist Bittersweet) time atas stage tu: "Sorry la lambat sikit. Traffic jam kat KL cam sial" Lagi satu yang aku respect dia cakap:
"Ada sesiapa nak tengok SIGIT? korang support local band, tapi saya support good music"
Camni baru la betul-betul memperjuangkan muzik. Semua lagu tak kira dari negara seberang pun kalau muzik dorang best kita support la. Jangan la asyik nak bandingkan dengan muzik tempatan je. Macam mana nak berkembang muzik indie Malaysia, betul tak?
Band seterusnya, band yang aku sangat ternanti-nanti kemunculannya, White Shoes & The Couples Company. Dengan dressing ala 60'an gitu. Macam dalam cerita P. Ramlee je. Penampilan Miss Sari (vocalist) macam Saloma. Mrs. Mela Virgana (keyboardist) pula kecil molek. Cute je. Yang lain semua berseluar ketat, berkemaja dan bertali leher. Smart gila. Dorang perform 5 lagu; Sabda Alam (OST Berbagi Suami), Tentang Cita, Topstar, Senandung Maaf (OST Janji Joni) dan Aksi Kucing. Sebelum lagu 1st ada lagu intro. Miss Sari menari stail 60'an. Pergh! Terungkit kenangan lama (terasa macam aku dah hidup sejak 60'an lagi). Aku sungguh teruja dapat melihat dorang perform live depan mata aku. 1st time pulak tu White Shoes perform kat Malaysia. Gambar aku tak tahu la Hanis ada snap ke tak. Si Hanis entah hilang ke mana. Kalau tak aku dah pinjam 50D dia, aku sendiri snap gambar banyak-banyak.
Lepas habis White Shoes perform, aku pun bergerak ke belakang. Jumpa Amy kat belakang, dah tersadai duduk. Selipar dia hilang sebelah gara-gara moshing time Bittersweet tadi. Kesian aku tengok dia, kaki habis kotor gila dan luka sikit.
Band seterusnya Butterfingers. Aku dah tak larat nak tengok dari dekat. Penat nak bertahan dengan crowd yang moshing tak ingat dunia. Time ni aku tak berapa nak beri perhatian sangat kat stage. Tapi seingat aku Loque takde perform sekali. Yang aku nampak sorang mat salleh ganti tempat dia. Butterfingers main banyak lagu dalam album Kembali. Ada la dalam 5-6 lagu, tak berapa pasti.
Then acara kemuncak. Band terakhir iaitu The S.I.G.I.T. Time ni pun aku dah tak larat nak layan semua. Time ni crowd lagi la havoc. Amy turun bawah kejap jumpa seseorang. Then dia naik balik dengan selipar baru. Sambil tengah layan lagi The S.I.G.I.T. perform, berselisih lak dengan Fara (a.k.a Liyana Jasmay celup). Sembang kejap, pehtu dia gerak. Amy kemudian balik dengan rakan dia tu. Aku pun dah tak larat nak tunggu sampai habis. Then aku pun gerak balik.
Ramai yang aku perasan antara ahli band yang tak perform malam tu tapi datang juga bagi support secara langsung ataupun tidak. Antaranya Liyana ( vocalist Estrella), Acap ( vocalist Romancesa), Dodd ( vocalist Skudap Skudip), Bintang Batu, Dhiya Izwin ( vocalist The Otherside Orchestra) dan ramai lagi. Memang bagi aku malam tu gig yang best la. Air pun dapat free. air kotak dan air tin. Sponser agaknya. Tak menyesal aku datang walaupun bayar RM13 untuk parking kat Low Yat. Siot je. U.O.X. Play rox!!p/s: Sabtu depan 20hb Dec jom ramai-ramai buat havoc kat Rock The World 8 pulak!Labels: coretan, gig |
vox seven yang rambut lembang tu nama dia bo. ha ha ha. boleh tengok dia kat the hoppers dan ahli muzik tv8 ari ahad. promo free..