|
| 5.3 tahun! |
| Saturday, November 1, 2008 |
Harini aku discover satu perkara baru. Sedar tak sedar rupa-rupanya aku telah setia dengan nombor prabayar aku selama 5.3 tahun! ^_^
Kalau nak check, untuk pengguna Hotlink, taip BDAY dan SMS ke 28888* Ini la nombor pertama dan satu-satunya nombor yang aku pernah/sedang/akan pakai. Kalau ikutkan nombor ni takde la lawa sangat, tapi aku sayang dengan nombor ni. Leceh la kalau nak tukar nombor lain. Sanak saudara, rakan-rakan serta kenalan lain susah nak contact balik. Walaupun so far dah 2 kali handset aku hilang, tapi aku recover balik nombor ni kat Maxis Center. Aku decide selagi takde alasan yang kukuh untuk aku tukar nombor, aku akan tetap pakai nombor ni sampai bila-bila.
Aku beli prepaid ni masa di Matrikulasi dulu. Time tu aku beli RM88! Sekarang cuma RM8.80 je. Huhu.. Time zaman aku sekolah dulu hanya 2-3 orang pelajar je yang mampu pakai handset. Itu pun sekarang ni dah kira kategori "handset baling anjing". Tapi zaman sekarang dah berubah. Budak sekolah rendah pun dah pakai handset. Pulak tu taknak kalah, yang mahal-mahal je, yang ada 3G, yang boleh MMS dll. Alasannya, mak bapak nak tau update dorang. Pergi sekolah ke tak, pergi tuition ke tak.
Lepas ni aku mungkin akan tukar telco lain, Celcom pasca bayar (postpaid) mungkin. Tapi aku tetap pakai nombor 012 aku ni. Alasan aku mahu upgrade ke postpaid kerana kerjaya aku memerlukan banyak call client, supplier dll. So senang la aku nak claim nanti. Pakai prepaid pun boleh claim sebab Hotlink juga menyediakan perkhidmatan E-Statement. Tapi kalau aku terus menerus pakai prepaid nanti leceh pula tiap kali nak call client atau supplier, asyik nak kena topup je. Huhu..
p/s: esok aku ada training kat CIDB pula. Pergi dengar ceramah je. Hohoh..
*tiada caj dikenakanLabels: coretan |
ditulis oleh Encik Zymn @ 11/01/2008 01:47:00 PM   |
|
| 1 Maklum balas: |
-
aku pun tak suka tukar2 no... hidup digi!!!
:D
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|
|
aku pun tak suka tukar2 no...
hidup digi!!!
:D