javascript:void(0)
Ubuntu Countdown
Kotak Jerit

Free chat widget @ ShoutMix
Lokasi aku LIVE!
YM! aku

Megaupload
Kata² Hikmat
Music is the best way to express feelings
Respect is everything
Apa gunanya teknologi kalau kita tak tahu nak aplikasikannya™
Senarai Barang Impian
Canon EOS 40D + 50mm f/1.4 USM

HTC Touch Diamond

Yamaha YPT310 Keyboard

Kempen
Iklan
Lets POP!
Friday, February 19, 2010
Salam..

Kini aku umumkan laman web rasmi ZamzurySani telah dilancar! ^_^
Konsep awal ni aku hanya jadikan sebagai online portfolio je. Sila-sila la datang singgah k ;)


Sila layari www.zamzurysani.com


p/s: Masih dalam peringkat awal. Jangan bagi expectation yang terlalu tinggi ok :)

Labels: ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 2/19/2010 10:37:00 AM   0 maklum balas
Naik Taraf: Perkembangan #1
Thursday, November 5, 2009
Maaf semua. Masih belum tiba masa untuk publish gambar-gambar terbaru dari lensa kamera aku ni disini. Kerja-kerja naik taraf sedang giat dijalankan. Insya Allah apabila siap design baru nanti, akan aku upload semua gambar yang masih belum dimasukkan dalam photoblog ini. Kalau nak tengok juga gambar terbaru boleh didapati di facebook aku.

Read more »

Labels: ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 11/05/2009 03:09:00 AM   1 maklum balas
Naik Taraf
Friday, October 23, 2009


Dalam proses naik taraf.. Nantikan wajah baru SYarNaZymn™ photoblog..

Akan datang ^_^

Labels:

ditulis oleh Encik Zymn @ 10/23/2009 09:19:00 PM   0 maklum balas
Percubaan email posting
Tuesday, October 6, 2009

Via windows mobile

Encik Zymn
http://www.syarnazymn.com/
ditulis oleh Encik Zymn @ 10/06/2009 05:28:00 PM   1 maklum balas
Photoblog: Pertunjukan Udara Sukhoi & Thunderbirds
Monday, October 5, 2009
Tarikh: 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat: Pangkalan Udara TUDM, Subang
Acara: Persembahan udara skuadron elit TUDM, Skuadron ke-11 (Sukhoi Su-30MKM) dan skuadron pertunjukan udara USAF (The Thunderbirds, F16)
Info: Aku panas je. Sejak hari Khamis dah mengaum je ruang udara Subang ni. Hari Jumaat sempat die buat demo lak. Memang tak senang duduk aku kat office. Lantas aku bersama Burt dan beberapa rakan lain pergi "ambush" TUDM Air Base untuk tidak melepaskan peluang menembak pesawat-pesawat pejuang tersebut. Berikut merupakan beberapa gambar terbaik yang dapat aku "headshot" tepat ke sasaran.

*Klik pada gambar untuk tumbesaran.
*Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.



#01
Sukhoi membuat persembahan pembukaan.Waktu ni belum pakai sniper, maka tiada tembakan menarik sewaktu di udara.


#02
Juruterbang-juruterbang Thunderbirds bersedia untuk beraksi.


#03
Thunderbirds beraksi


#04


#05


#06


#07
Eksperimentasi dengan lens fisheye (brand ape tah, made in Belarus). Terima kasih kepada Burt

Labels: ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 10/05/2009 11:49:00 PM   2 maklum balas
Broadband Activated!
Tuesday, September 15, 2009
** Ini bukan iklan yang ditaja. Sekadar berkongsi maklumat berdasarkan review dari beberapa sumber lain serta pengalaman sendiri **



Akhirnya, aku telah terhubung dengan dunia siber secara berterusan! Terima kasih kepada DiGi Broadband.

Kenapa mobile broadband? Kenapa tidak Streamyx ke? Laju sikit.
Pertama, kerana aku sering kerja site. Setidak-tidaknya boleh hantar dan terima email.
Kedua, kalau balik kampung pun boleh pakai juga.
Ketiga, leceh la kalau streamyx nak kena register line telefon. Bayar advance pun mahal.
Keempat, sebab aku pilih DiGi adalah review dari majalah CHIP keluaran Jun 2009. Stable connection, fast download speeds. Luar kawasan 3G pun masih ada EDGE (DiGi je yang ada ni). Sebelum ni aku try test member aku nye Celcom. Haram jadah, masuk dalam bilik aku je dapat GPRS je! Siput.
Dan yang paling penting, kelima, tak ramai lagi yang pakai DiGi. Umum mengetahui semakin ramai pengguna di satu-satu kawasan, semakin slow la connection.

Maka, selepas ini insyaAllah akan kerap la aku mengemaskini photoblog ini ^_^


p/s: Raya tahun ini aku rasa banyak sangat berbelanja berbanding dengan raya tahun-tahun yang lepas. Mungkin sebab 1st time raya bergaji kot (tahun lepas tak kira, time tu gaji tak cukup. huhu..)

Labels:

ditulis oleh Encik Zymn @ 9/15/2009 11:33:00 PM   2 maklum balas
Photoblog: Model photoshoot #1
Tuesday, September 8, 2009
Tarikh: 6 September 2009 (Ahad)
Tempat: KLCC
Acara: Model photoshoot (night)
Photog: Encik Zymn, Burt, Haidhar
Info: Tujuan utama hanyalah outing semata-mata. Plan mula-mula pergi Putrajaya tapi jauh sangat la pulak. Hajat untuk shoot model tu sampingan je. Aku mengharap Burt bawak model dia, tapi ada salah faham sikit. Dia ingat aku yang bawak model aku, so dia takde la ajak model dia datang. Huhu.. Tapi nasib baik Eyna sudi datang jugak walaupun ajak last minit. Si Haidhar pulak gila lama siot aku tak jumpa dia. Sejak dia pon angkat 40D, sampai siap dah upgrade itu ini, baru harini dapat jumpa dia. Huhu..

*Klik pada gambar untuk tumbesaran.
*Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.


#01
Sementara tunggu model sampai, aku shoot la mercu tanda Malaysia tu dari KLCC Park. Lepak situ siap sampai kena halau dengan guard lagi sebab park tu dah nak tutup.


#02
Model dah sampai! Haha.. Disebabkan sorang satu ada Flashlite, Burt pulak bawak monopod, mount kat flash dia, then jadi slave. Efek lampu tu sebenarnya dari flash Burt. Ingat nak buat dua flash jadi slave, tapi Haidhar punya takleh support pulak. Huhu..


#03
Susah jugak nak shoot model waktu malam ni. Huhu..


#04
Close-up pulak! Ditambah pulak efek lighting kat belakang rambut tu. Pergh!


#05
Bagi aku, ni yang terbaik dari ladang. Gambar killer!


----------

#06
Gambar Bonus! saje je selit kat sini. Malas nak create post baru.
Gambar terbaru Ali Hakimi. ^_^

Labels: , ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 9/08/2009 08:44:00 AM   5 maklum balas
Photoblog: Random#1
Friday, August 28, 2009
Hola! Aku dah kembali. Minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini photoblog ini. Kerja agak berlambak. Urgent sana, urgent sini, problem sana, problem sini, projek sana, projek sini. Kadang kala kerja sehingga larut malam (tanpa OT!). Agak sukar meluangkan masa untuk mengemaskini photoblog ini. Akses ke internet hanyalah di pejabat. Itupun selalu keluar site, bukan selalu berada di pejabat. Pemasangan talian internet (streamyx atau broadband) di rumah sedang dalam perkiraan bajet bulanan. InsyaAllah ada la dalam masa terdekat ini.

Entri kali ini aku akan memaparkan gambar-gambar pilihan ketika di majlis/acara/tempat tertentu yang aku rasakan perlu dikongsi bersama. Enjoy!

*Klik pada gambar untuk tumbesaran.
*Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.



#01
Tarikh: 15 Mac 2009 (Ahad)
Acara: Gig Indie Goodness
Tempat: MCPA Hall, Jalan Maharajalela, KL
Info: Agak bernasib baik dapat shot ini kerana terpaksa bersesak-sesak dengan lautan peluh manusia. Nasib baik dewan tu tak roboh.

Joanna dari Band Joanna & Co membuat persembahan. Sangat comel Joanna ini sehingga Elmo angau terhadap beliau.

Canon EF 50mm f/1.8, ISO-400, 1/125s, f/2.0 @ 50mm


#02
Tarikh: 20 Jun 2009 (Sabtu)
Acara: Gig Rockaway '09
Tempat: Capsquare, KL
Info: Brader security perasan aku asyik tukar-tukar lens. Pastu dia "swit-swit" kat aku lantas bagitau "bro, pegi depan la". Aku pun dengan penuh teruja tanya balik "betul? serius?". Apalaga. Chargas la aku. Haha.. Free-free je dapat media pass!

One Buck Short beraksi last sekali. Pencahayaan yang terbaik.

Canon EF 50mm f/1.8, ISO-800, 1/160s, f/2.8 @ 50mm


#03
Tarikh: 21 Jun 2009 (Ahad)
Acara: Gathering Raingers vs. Hujan
Tempat: Itudio Studio, Kelana Mall, Kelana Jaya
Info: Aku sebagai jurugambar rasmi acara tersebut. Channel[V] juga terlibat dalam acara ini. Banyak kali juga aku mencapap kat belakang stage. Haha.. Bulan Ogos ni (premier 1 Ogos 2009) akan ditayang di Channel[V] di rancangan AMP Around Asia - Hujan.

Noh Hujan ketika membuat persembahan. Memang terbaik!

Canon EF 50mm f/1.8, ISO-400, 1/125s, f/2.8 @ 50mm


#04
Tarikh: 28 Jun 2009 (Ahad)
Acara: Kenduri Kahwin Pali & Ina
Tempat: Klang, Selangor
Info: Pali & Ina, dua-dua pun sama kelas dengan aku waktu belajar di universiti dulu. Antara job kahwin yang aku buat, siap dengan outdoor session dan album gambar.

Pali & Ina ketika sesi bergambar outdoor selepas majlis persandingan. Gambar telah di-edit oleh Popshovans.

Canon EF 50mm f/1.8, ISO-200, 1/250s, f/2.8 @ 50mm


#05
Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad)
Acara: Photography Outing
Tempat: Putrajaya
Info: Outing bersama UTeM flickr United. Juga dapat melaram lens putih milik company Burt.

Pergi jauh-jauh, ambil gambar kat semak. Ini belakang rumah pun ada! Haha.. Penangan lens putih memang stim woo!

Canon EF 100-400 f/4.5-5.6L IS USM , ISO-200, 1/125s, f/5.6 @ 115mm


#06
Tarikh: 9 Ogos 2009 (Ahad)
Acara: Jalan-jalan
Tempat: KLCC SkyBridge
Info: Pergi sini kira entertain client dari Papua New Guinea. Mereka sangat teruja datang ke Malaysia sehingga tidak mahu pulang ke tanah air mereka. Faham-faham saja la keadaan kat sana, gila horror! Sehingga sekarang nama aku belum naik lagi untuk pergi ke sana. Mintak-mintak la tak kena pergi. Huhu..

Cari dimana aku! Haha.. (dua orang minah mat saleh tu sebenarnya tiada kena mengena dengan lawatan kami ini).

Canon EF-S 18-55 f/3.5-5.6 IS, ISO-320, 1/60s, f/5.6 @ 18mm


#07
Tarikh: 23 Ogos 2009 (Ahad)
Aktiviti: Eksperimentasi
Tempat: Dalam kereta
Info: Gambar ini diambil ketika menuju pulang dari Bazaar Ramadhan Taman Tun. Teknik zoom-in. Editing yang sangat minimal (hanya resize dan letak watermark). Hanya satu shot dan sekali percubaan. Performance lens yang terbaik! Kalau pakai kitlens agak sukar nak dapat gambar sharp macam ni.

Kancil turbo Muid. Di sebelah beliau ialah Burt. AMARAN! Kelajuan membunuh.

Tamron 17-50 f/2.8, ISO-320, 1/32s, f/8 @ 17mm


#08
Tarikh: 26 Ogos 2009 (Rabu)
Aktiviti: Abstrak
Tempat: Tepi jalan ketika dalam kereta
Info: Gambar diambil ketika menuju majlis berbuka puasa di Holiday Villa, Subang Jaya (Company belanja). Ketika tersangkut di lampu isyarat, ternampak papan tanda iklan yang agak kelakar penulisannya. Snapshot je, tapi hasil yang agak menarik. Penghasilan warna agak garang, menyerlahkan abstrak gambar tersebut. Editing yang sangat minimal.

Letrek ke Letrik? Memang 1Malaysia! lol.

Tamrom 17-50 f/2.8, ISO-1000, 1/20s, f/2.8 @ 50mm

Labels: , , , , ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 8/28/2009 08:48:00 AM   4 maklum balas
Iklan #1
Thursday, July 16, 2009
Pertama sekali aku ingin memohon seinfiniti maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini photoblog ini. Sangat-sangat sibuk dengan kerjaya sekarang. Banyak kerja di luar. Akan datang aku tiada di tanah air untuk seketika kerana urusan kerjaya. Maaf. Ada masa terluang aku akan mengemaskini gambar-gambar terdahulu dan akan datang. Nantikan~

Di kesempatan ini aku ingin mengiklankan jualan barang kelengkapan aku seperti dibawah:

Item: Canon EF-S 18-55mm f3.5-5.6 IS Lens
Package Include: Rear Cap + Front Cap
Box: None (comes from 40D kit lens)
Age of Item: 6 month old (purchased 21st January 2009)
Warranty: Unfilled warranty card (6 months left) + 2 years extended shop warranty
Item Condition: Like new. Rarely used
Price: RM330 320 300!! (Slightly nego)
Dealing Method: COD only @ Subang area
Location of Seller: Subang
Contact Method: PM or email to encikzymn@syarnazymn.com
Reason of Selling: Funding for new lens





Labels: ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 7/16/2009 10:20:00 PM   0 maklum balas
Photoblog: Event #1
Monday, June 1, 2009
Tarikh: 26 Mei 2009 (Selasa)
Masa: 9.00 am - 4.00 pm
Tempat: PMU 275/132kV Olak Lampit Extension
Acara: Safety Campaign (khusus untuk pekerja TNB dan kontraktor TNB yang bekerja di tapak pembinaan)

Aku telah ditugaskan untuk menjadi jurugambar rasmi kempen keselamatan yang juga dianjurkan oleh syarikat tempat aku dibayar gaji bulan-bulan. Walaubagaimanapun untuk majlis ini aku tidak dibayar elaun atau insentif untuk mengambil gambar, hanya diberi makan dan minum, sama seperti tetamu-tetamu yang lain.
(datang sebenarnya memang nak makan free dan claim mileage je. ekeke..)

*Klik pada gambar untuk tumbesaran.
*Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.



#01
Ucapan kata-kata aluan daripada CEO kami selaku kontraktor utama, diikuti ucapan perasmian oleh General Manager, Major Project TNB.


#02
perasmian dan pelancaran logo Safety+5S (5S tu ape tah, aku pon tak tau. huhu..)


#03
Antara hadirin-hadirat kalangan pekerja TNB, kontraktor dan semua yang terlibat yang hadir di majlis ini.


#04
Diberi taklimat sebelum memulakan demo fire-drill (memadam api menggunakan alat pemadam api) daripada anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia.


#05
Antara shot terbaik yang aku dapat. Walaubagaimanapun latar belakang tidak berapa sedap mata memandang.


#06
Juga diberi taklimat dan demo first aid ketika berlaku kecemasan di tapak pembinaan.

Labels: ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 6/01/2009 05:01:00 PM   1 maklum balas
Photoblog: Potrait #2
Tarikh: 21 Mei 2009 (Khamis)
Masa: 9.30 pm - 1.00 am
Tempat: Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur
Acara: Reunion sekolah teknik sempena Walimatul Urus Izzat Afzal pada 6 Jun 2009 akan datang. (Reunion la sangat)

Gadis gerek ini dikenali sebagai Saf. Dulu masa kat sekolah nampak macam takde la gerek sangat. Aku kenal pun gitu-gitu je sebab dia budak kelas sebelah (jurusan yang sama).

Gambar ni actually snapshot je. Saje je nak try buat hitam-putih dan nampak macam gambar lama sikit. Terima kasih kepada Photoscape diatas aplikasi yang mudah digunakan. (aku seorang yang malas nak edit detail sangat guna Photoshop. Tahap kekreatifan aku sangat kurang)

*Klik pada gambar untuk tumbesaran.
*Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.


Labels: ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 6/01/2009 03:14:00 PM   2 maklum balas
Photoblog: Meeting hujan.org
Tarikh: 17 Mei 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 pm - 6.00 pm
Tempat: Itudio Studio, Kelana Mall, Kelana Jaya
Acara: Mesyuarat rasmi organisasi hujan.org (Komunitit Raingers Seantero Dunia)

Seperti yang anda sedia maklum, hujan.org merupakan portal rasmi untuk peminat Kugiran Hujan atau dikenali sebagai Raingers. Dengan kerja sama dan usaha sama dari Dimas (anggota kumpulan Hujan, keyboard+synth), satu mesyuarat bersama Raingers telah diadakan bertempat di Itudio Studio, iaitu studio milik Sua Anna Joe. Untuk makluman, studio ini baru sahaja dilancarkan sehari sebelum mesyuarat ini diadakan. Cool kan?

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Hang Dimas sendiri. Antara tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang organisasi hujan.org agar lebih teratur. Selain itu mesyuarat ini juga membincangkan tentang perancangan gathering Raingers yang akan diadakan pada 21 Jun 2009 (Ahad) nanti.

[Updated: flyers untuk Gathering Raingers dah keluar! Sila klik disini.]

*Klik pada gambar untuk tumbesaran.
*Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.



#01
Hang Dimas menerangkan tentang organisasi hujan.org yang bakal dibentuk.


#02
Antara Raingers yang hadir. (tumpuan gambar ini sebenarnya pada gambar di dinding itu, dan juga makanan di meja itu) ;))


#03
Juga antara Raingers yang hadir.


#04
Sungguh kusyuk semua mendengar penerangan dari Hang Dimas.


#05
Shy sedang merakam video. Mungkin ada nanti siri meeting hujan.org di Camni Cap Ehh!!


#06
Kudap-kudap juga disediakan. Tapi semua macam malu-malu je nak makan. Mee goreng tu tak habis pon. Huhu..


#07
Seterusnya mesyuarat dengan tuan tanah (Kak Anna, dua dari kiri) untuk gathering Raingers yang akan diadakan nanti. Aku juga telah dilantik sebagai jurugambar rasmi bagi acara itu + membantu di bahagian teknikal


#08
Bergambar kenangan bersama semua yang hadir. Gambar ini diambil oleh Sua Anna Joe menggunakan 40D aku. Cool kan?! ^_^

Labels: , ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 6/01/2009 09:55:00 AM   3 maklum balas
Photoblog: Gig #2
Friday, May 15, 2009
Tarikh: 10 Mei 2009 (Ahad)
Masa: 3.00 pm - 6.00 pm
Tempat: Wisma Bentley, Mutiara Damansara
Gig: Homegrown Music Showcase & Clinic

Hujung minggu lepas aku berkesempatan mengunjungi gig "selesa" (berbanding kat MCPA hall tu). Tujuan utama aku sudah tentu untuk melihat lagi aksi Hujan live di stage. Dan buat pertama kalinya aku baru berpeluang menyarung tee Hujan UK Release di gig Hujan sendiri (sejak beli tee tu tak pernah berkesempatan pergi gig Hujan. Huhu..) ^_^

Dan aku juga berkesempatan bermain alat muzik percussion di klinik yang dianjurkan oleh Homegrown. Ada la jugak muka aku tertepek kat sini.

*Klik pada gambar untuk tumbesaran.
*Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.



#01
Noh beraksi dengan gitar lama beliau. Jaja backup kat belakang.


#02
Dari sudut pandangan belakang stage.


#03
Gile smart siot Dimas! Aku mau juga synth KORG itu!


#04
AG tengah layan goreng.


#05
Crowd juga menjadi penyanyi backup.


#06
Sesi hujung-hujung. Tali gitar Noh putus.


#07
Gadget AG. Gile ah, dah macam mini studio.


#08
Gambar bonus. Diambil sebelum gig bermula. Model "snapshot" ini dikenali sebagai Scha.
Gambar ini aku beri tajuk "Waiting for him to call".

Labels: , ,

ditulis oleh Encik Zymn @ 5/15/2009 04:50:00 PM   0 maklum balas
Tentang SYarNaZymn™

Name: Encik Zymn
Home: [Kuala Kubu Bharu] [Subang] [Ipoh], Malaysia
About Me:
+Encik Zymn a.k.a Zamzury Sani.

+Passionate about PHOTOGRAPHY, MUSIC and TECHNOLOGY.

+Freelance photographer [wedding | portrait | event | dinner].

+Keyboardist for The ScreenSaver band.

+Support Linux and open source software, products and communities. (windows sucks! ~)

+Email: encikzymn@syarnazymn.com

See my complete profile
10 Post terdahulu
Arkib
Sila lawati
Link² aku:

The ScreenSaver @ MySpace
The ScreenSaver @ AMP
SYarNaZymn™ studios @ MySpace
SYarNaZymn™ studios @ YouTube

blog² rakan²ku:
encik ad
encik anep
encik bani
encik burt
encik elmi
encik hanis
encik ijol
encik sid
encik yazan
encik zeko
cik amy
cik amyfahmi
cik aqila
cik dil
cik ezza
cik izzy
cik kiddo
cik nabil
cik nulu
cik qemmal

blog² sahabat dari UTeM:
utem-bloggers united
encik arcmal
encik k.e.r.i
encik razif mustapha
cik shepha

laman² muzik:
Komuniti Raingers Seantero Dunia
Asia's Music Platform [AMP]
Independent Artists Club [IAC]
Anywhere.fm
SideLoad
PureVolume
MusiCovery
Retro9
KampungMuzik

laman² menarik:
kamil studios
ubuntu
Engadget
RLSLOG
Lowyat.NET
PhotoMalaysia

Nokia IAC

Dilindungi oleh

Pandasecurity

Dikuasai oleh

UBUNTU

BLOGGER

© 2008 ..:: SYarNaZymn™ photoblog ::.. .Blogspot Template by Isnaini Dot Com