|
| Photoblog: Random#1 |
| Friday, August 28, 2009 |
Hola! Aku dah kembali. Minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini photoblog ini. Kerja agak berlambak. Urgent sana, urgent sini, problem sana, problem sini, projek sana, projek sini. Kadang kala kerja sehingga larut malam (tanpa OT!). Agak sukar meluangkan masa untuk mengemaskini photoblog ini. Akses ke internet hanyalah di pejabat. Itupun selalu keluar site, bukan selalu berada di pejabat. Pemasangan talian internet (streamyx atau broadband) di rumah sedang dalam perkiraan bajet bulanan. InsyaAllah ada la dalam masa terdekat ini.
Entri kali ini aku akan memaparkan gambar-gambar pilihan ketika di majlis/acara/tempat tertentu yang aku rasakan perlu dikongsi bersama. Enjoy!
*Klik pada gambar untuk tumbesaran. *Segala komen, kritikan, tunjuk ajar, pujian dan sebagainya amat dialu-alukan.
#01 Tarikh: 15 Mac 2009 (Ahad) Acara: Gig Indie Goodness Tempat: MCPA Hall, Jalan Maharajalela, KL Info: Agak bernasib baik dapat shot ini kerana terpaksa bersesak-sesak dengan lautan peluh manusia. Nasib baik dewan tu tak roboh.
Joanna dari Band Joanna & Co membuat persembahan. Sangat comel Joanna ini sehingga Elmo angau terhadap beliau.
 Canon EF 50mm f/1.8, ISO-400, 1/125s, f/2.0 @ 50mm
#02 Tarikh: 20 Jun 2009 (Sabtu) Acara: Gig Rockaway '09 Tempat: Capsquare, KL Info: Brader security perasan aku asyik tukar-tukar lens. Pastu dia "swit-swit" kat aku lantas bagitau "bro, pegi depan la". Aku pun dengan penuh teruja tanya balik "betul? serius?". Apalaga. Chargas la aku. Haha.. Free-free je dapat media pass!
One Buck Short beraksi last sekali. Pencahayaan yang terbaik.
 Canon EF 50mm f/1.8, ISO-800, 1/160s, f/2.8 @ 50mm
#03 Tarikh: 21 Jun 2009 (Ahad) Acara: Gathering Raingers vs. Hujan Tempat: Itudio Studio, Kelana Mall, Kelana Jaya Info: Aku sebagai jurugambar rasmi acara tersebut. Channel[V] juga terlibat dalam acara ini. Banyak kali juga aku mencapap kat belakang stage. Haha.. Bulan Ogos ni (premier 1 Ogos 2009) akan ditayang di Channel[V] di rancangan AMP Around Asia - Hujan.
Noh Hujan ketika membuat persembahan. Memang terbaik!
 Canon EF 50mm f/1.8, ISO-400, 1/125s, f/2.8 @ 50mm
#04 Tarikh: 28 Jun 2009 (Ahad) Acara: Kenduri Kahwin Pali & Ina Tempat: Klang, Selangor Info: Pali & Ina, dua-dua pun sama kelas dengan aku waktu belajar di universiti dulu. Antara job kahwin yang aku buat, siap dengan outdoor session dan album gambar.
Pali & Ina ketika sesi bergambar outdoor selepas majlis persandingan. Gambar telah di-edit oleh Popshovans.
 Canon EF 50mm f/1.8, ISO-200, 1/250s, f/2.8 @ 50mm
#05 Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad) Acara: Photography Outing Tempat: Putrajaya Info: Outing bersama UTeM flickr United. Juga dapat melaram lens putih milik company Burt.
Pergi jauh-jauh, ambil gambar kat semak. Ini belakang rumah pun ada! Haha.. Penangan lens putih memang stim woo!
 Canon EF 100-400 f/4.5-5.6L IS USM , ISO-200, 1/125s, f/5.6 @ 115mm
#06 Tarikh: 9 Ogos 2009 (Ahad) Acara: Jalan-jalan Tempat: KLCC SkyBridge Info: Pergi sini kira entertain client dari Papua New Guinea. Mereka sangat teruja datang ke Malaysia sehingga tidak mahu pulang ke tanah air mereka. Faham-faham saja la keadaan kat sana, gila horror! Sehingga sekarang nama aku belum naik lagi untuk pergi ke sana. Mintak-mintak la tak kena pergi. Huhu..
Cari dimana aku! Haha.. (dua orang minah mat saleh tu sebenarnya tiada kena mengena dengan lawatan kami ini).
 Canon EF-S 18-55 f/3.5-5.6 IS, ISO-320, 1/60s, f/5.6 @ 18mm
#07 Tarikh: 23 Ogos 2009 (Ahad) Aktiviti: Eksperimentasi Tempat: Dalam kereta Info: Gambar ini diambil ketika menuju pulang dari Bazaar Ramadhan Taman Tun. Teknik zoom-in. Editing yang sangat minimal (hanya resize dan letak watermark). Hanya satu shot dan sekali percubaan. Performance lens yang terbaik! Kalau pakai kitlens agak sukar nak dapat gambar sharp macam ni.
Kancil turbo Muid. Di sebelah beliau ialah Burt. AMARAN! Kelajuan membunuh.
 Tamron 17-50 f/2.8, ISO-320, 1/32s, f/8 @ 17mm
#08 Tarikh: 26 Ogos 2009 (Rabu) Aktiviti: Abstrak Tempat: Tepi jalan ketika dalam kereta Info: Gambar diambil ketika menuju majlis berbuka puasa di Holiday Villa, Subang Jaya (Company belanja). Ketika tersangkut di lampu isyarat, ternampak papan tanda iklan yang agak kelakar penulisannya. Snapshot je, tapi hasil yang agak menarik. Penghasilan warna agak garang, menyerlahkan abstrak gambar tersebut. Editing yang sangat minimal.
Letrek ke Letrik? Memang 1Malaysia! lol.
 Tamrom 17-50 f/2.8, ISO-1000, 1/20s, f/2.8 @ 50mmLabels: abstrak, eksperimentasi, event, fotografi, gig, walimatul urus |
ditulis oleh Encik Zymn @ 8/28/2009 08:48:00 AM   |
|
| 4 Maklum balas: |
-
suke gambar one buck shot ngan scene dalam keta tu..real! good job zamzury :)
-
ko ni makin lama makin bagus laaa
sakit hati pulak tengok..eceh!
hishhhh dengki2
pape pun keep up the good work!
(:
-
@A.k.i.r.a ~ c.h.a.n, thanks ^_^ nanti aku try eksperimentasi gambar lain pulak
@Nurul Aimi, hoho. ade plak dengki..
jom photoshoot la! ade berani? weekend ni mungkin
-
salam awk .. bleh awk drop pics joanna ke .. beliau telah kembali ke rahmatullah semalam .. sy sbg kawan arwah, mohon jasa baik awk utk drop pics arwah .. itu pesanan terakhir arwah pd sy .. if sy terjumpa lg mana2 pics arwah yg mendedahkan aurat .. sy minta maaf if ape yg sy minta ni keterlaluan .. sy hanya jalankan amanah arwah je .. terima kasih awk ..
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|
|
suke gambar one buck shot ngan scene dalam keta tu..real! good job zamzury :)