|
| Beberapa hari lepas |
| Wednesday, October 22, 2008 |
Siang tadi aku baru je menjalani training NIOSH untuk NIOSH-TNB safety passport (kalau tak tahu apa itu NIOSH, just google-it). Penceramah tu agak sempoi la jugak walaupun dah agak berumor. Test die pun mudah je walaupun banyak jugak trick-question. Ala, soalan objectif je pun. Hehehe.. Semuanya kos ditanggung oleh company. Result akan dapat dalam 3 hari lagi. kalau lulus, passport (kad) NIOSH akan dapat selepas 5 hari waktu bekerja dari tarikh result keluar.

----------
2-3 hari lepas aku ada buat calculation tentang kos sara hidup aku pada masa sekarang dan akan datang. Rupa-rupanya memang agak tough jugak la. Target aku untuk sambar dSLR by the end of this year maybe tidak termakbul unless aku angkat 2nd hand je (damn!). Bulan depan pula aku start pakai kereta sendiri (bukan 2nd hand, malah 3rd hand je, tak mampu beli baru). Actually aku "terpaksa" ada kereta sendiri memandangkan kerjaya aku banyak travel, pergi ke site dsb (tapi sekarang ni tak ada lagi).
----------
Sabtu lepas aku tak dapat pegi gig KAMI :( sebab aku ada family program. Kenduri kahwin la, pegi beraya la, pegi merisik la (bukan untuk aku tapi untuk abang aku yang 2nd). Tapi kalau aku pegi jugak haritu, aku akan join dengan amy, jeju, ezza, nulu (& member die) la. Maksudnya aku akan moshing dengan gadis-gadis je. Hohoho.. Dak laki yang ada time tu pun ad je, tu pun die dengan member-member die. Tak tau la siapa lagi yang ada time tu.. Weh susah betul la kita nak hang-out sama-sama lagi kan? Dulu kalau ada gig je mesti ramai geng kita. Sekarang semua asyik busy je dengan hal masing-masing. Huh..
----------
Sabtu ni, Showcase Hujan kat Planet Hollywood. Aku macam nak pegi je tapi kalau takde geng malas ar nak pegi sorang-sorang je. Lagipun aku ada program lain weekend ni. Huh.. Aku baru perasan, weekend je memang aku tak dok rumah pun sejak berkerjaya ni. Maybe ada sekali je kot. Dah tu, ada je event menanti. Ahad depan aku ada training lagi. Memang tak sempat nak berehat pun lepas penat seminggu bekerja. Huh..
p/s: Aku masih belum format Windows aku lagi. Sekarang masih pakai Ubuntu (best pulak pakai linux ni, download laju gile! ^_^). Hard disk aku semakin "sendat". Malas nak backup data-data ke DVD atau medium lain.. Takpe la, aku tunggu Intrepid Ibex (Ubuntu version 8.10, akan release beberapa hari je lagi), then baru la "pimp" balik PC aku ni ^_^Labels: coretan, family |
ditulis oleh Encik Zymn @ 10/22/2008 12:03:00 AM   |
|
| 3 Maklum balas: |
-
haha kami best tapi slack band last2 main lagu tak banyak!damn masa lari.
showcase hujan aku tak pegi kot. tade bajet pulak nak beli tix.
aku akan ke rantai je kot sabtu ni.
-
-
amy: RANtAi weknd ni? katne?
keri: aah. baru je dkt 2 bulan berkerjaya. Dah tepu otak aku study je. Malas nak sambung master lg. Huhu..
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|
|
haha kami best tapi slack band last2 main lagu tak banyak!damn masa lari.
showcase hujan aku tak pegi kot. tade bajet pulak nak beli tix.
aku akan ke rantai je kot sabtu ni.