|
| Al-kisah Hari Raya |
| Wednesday, October 8, 2008 |
Raya tahun ini aku beraya sebagai orang yang sudah berkerjaya. Terasa lain sikit kerana tahun ini aku langsung tidak dapat duit raya. Tapi aku juga tidak memberi duit raya kerana baru berkerjaya selama satu bulan. Gaji pula baru dapat separuh kerana company aku dahulukan separuh duit gaji sempena Raya (gaji aku masuk awal bulan. bukan seperti kebanyakkan company lain, hujung bulan).
Disebabkan kerjaya aku masih dalam peringkat percubaan (probation) maka aku terpaksa apply unpaid leave selama tiga (3) hari iaitu Isnin, Selasa (29,30 Sept) dan Jumaat (3 Oct). Hari Sabtu (27 Sept) pagi aku gerak dari rumah sewa ke KKB, kemudian kami sekeluarga terus gerak pulang ke Ipoh.
Tahun ini Raya keluarga kami lengkap, malah tambah seorang lagi ahli baru iaitu kakak ipar aku. Raya tahun ini memang sakan habis. Sebulan sebelum raya, abah dan mak telah order set sofa, aircond dan water dispenser untuk rumah "hinggap" kami di kampung halaman mak abah aku (rumah yang dah lama siap tapi belum pindah lagi. Mungkin tahun depan pindah). Kemudian tiga hari sebelum Raya kami pergi shopping peti ais dan mesin basuh automatik pula. Yang lucunya, pada mulanya mak hendak beli mesin basuh sahaja. Kemudian datang abah beritahu "alang-alang beli la peti ais sekali". Dah macam nak beli ikan di pasar pula.
Raya pertama, kami sekeluarga dalam mode "attacking". Rumah kami "closed house". Kami beraya di Taiping. Di sepanjang perjalan terdapat beberapa kemalangan jalanraya (kereta orang lain, bukan kami). Setelah tiba di rumah makcik aku di Taiping, terdapat berita yang agak menyedihkan dan menyayat hati. Ade seorang pakcik (jiran makcik aku tu) meniggal dunia ketika tahyat akhir solat sunat Aidilfitri di surau di hadapan rumah makcik aku itu. Makcik aku cerita yang isteri Allahyarham sedang sakit sepanjang bulan Ramadhan. Maka Allahyarham lah yang melakukan tugas-tugas isterinya seperti memasak, hantar anak ke sekolah dan lain-lain. Sebak seketika aku petang itu. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah..
Raya kedua, kami sekeluarga dalam mode "deffensive" pula. Kami buat open house yang tak berapa nak open. Dari tengahari hingga ke malam rumah kami tidak putus-putus "diserang" oleh sanak-saudara. Maklum lah mak dan abah aku dua-dua adik beradik ramai, dan ramai juga yang memang menetap di Ipoh. Datang "menyerang" pula satu keluarga besar. Semua anak, cucu dan cicit dibawa sekali.
Raya ketiga, along dan isteri balik ke rumah mertuanya di Johor. Aku pula dalam mode beraya dengan rakan sekolah teknik dulu. Itu pun nasib baik si Bulah hantar SMS raya kepada aku (nombor-nombor telefon rakan-rakan lama aku semuanya hilang tatkala telefon bimbit aku hilang beberapa bulan lepas). Tahun ini lah yang paling ramai kami berkumpul semula. Ada antaranya yang memang aku tak jumpa sejak habis SPM dulu. Aku, Israr, Salman, Masri, Lobak, Bulah, Elyas, Aidi dan Eliza. Memang tak sangka boleh jumpa mereka semula. Bagaimana lah agaknya 5-10 tahun akan datang. Hmm..
Raya keempat, sudah agak slow. Hanya pergi ke open house sepupu aku. Kebetulan rumah die dekat dengan rumah seorang lagi rakan sekolah aku dulu, Heri Vikardo namanya. Tetapi aku tidak sempat berjumpa dengan dia. Hanya dapat nombor contact dia sahaja.
Raya kelima, hari mengemas dan bersiap untuk pulang. Aku pulang dengan makcik aku yang duduk berdekatan dengan rumah sewa aku. Kami bergerak dalam pukul 4 petang. Kesesakan lalulintas agak teruk sejak dari Simpang Pulai lagi. Semua kenderaan seolah-olah merangkak-rangkak di tengah-tengah lebuhraya. Waktu Maghrib kami baru sampai di R&R Tapah. Kami berhenti solat seketika. Itu pun berhenti parking di tepi jalan hingway sahaja (kesesakan di R&R itu terlalu teruk). Seterusnya pula kami terus ke KLIA untuk mengambil saudara aku yang pulang beraya dari Sarawak. Malam itu pukul 12 tengah malam lebih aku baru sampai di rumah sewa. Esok pagi kerja pula. Badan terasa tersangat-sangat letih. Terasa seperti malas pula hendak pergi kerja..
Inilah kisah raya aku. Anda pula bagaimana?Labels: coretan |
ditulis oleh Encik Zymn @ 10/08/2008 11:52:00 PM   |
|
| 1 Maklum balas: |
-
wooohooo best je raya ko..aku malas nak cerita psl raya aku :P
selamat hari raya maaf zahir batin
(:
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|
|
wooohooo best je raya ko..aku malas nak cerita psl raya aku :P
selamat hari raya
maaf zahir batin
(: